Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 60 kluster perayaan dikenalpasti berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai bagi tempoh antara 13 Mei hingga hari ini

Daripada jumlah itu, sebanyak 58 kluster berpunca daripada Hari Raya Aidilfitri manakala dua kluster berpunca daripada Hari Gawai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 13,023 individu telah disaring dalam kluster tersebut dan terdapat 3,511 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Daripada jumlah 3,511 kes tersebut, 20 kematian telah dilaporkan dan sehingga kini 11 kes masih dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Sabah mencatatkan jumlah kluster perayaan tertingi dengan 11 kluster dengan 11 kluster diikuti Sarawak (lapan kluster) dan Kedah (tujuh kluster).

Menurut Dr. Noor Hisham, peningkatan kes dan kematian yang dilaporkan bagi kluster perayaan ini adalah serius dan membimbangkan kerana ia berlaku dalam tempoh masa yang singkat.

Beliau menambah, sekiranya masyarakat masih lagi leka serta tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri semasa musim perayaan tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak akan berulang.

Tambahnya, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk melindungi golongan rentan, khususnya ibu bapa yang uzur di kampung halaman, dengan tidak mendedahkan mereka dengan jangkitan virus SARS-CoV-2 itu.

Katanya, rakyat wajar mencontohi negara-negara jiran yang telah berjaya mengawal situasi pandemik Covid-19 dengan baik.

“Mereka telah membuktikan bahawa dengan kerjasama antara semua pihak dan kepatuhan yang tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan, fungsi kehidupan kepada normal mampu menjadi kenyataan.

“Oleh itu, rakyat Malaysia digesa untuk kekal duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak di luar dan daftarkan diri anda serta ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin Covid-19 bagi membentuk imuniti kelompok (herd immunity) dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua lapisan masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette