Wijnaldum

LONDON – Georginio Wijnaldum telah melengkapkan perpindahannya ke Paris Saint Germain (PSG) secara percuma dari Liverpool.

Penyerang antarabangsa Belanda berusia 30 tahun itu tidak menyambung kontrak di Anfield.

“Saya menyertai pasukan terbaik di Eropah dan mahu menyumbang segala tenaga dan cita-cita saya kepada pembangunan kelab ini,” katanya.

Wijnaldum menyertai Liverpool dari Newcastle United dengan nilai £25 juta pada 2016.

PSG mengambil kesempatan menawarkan pakej lumayan kepada Wijnaldum berbanding Barcelona.

Bekas pemain Feyenood dan PSV Eindhoven itu membuat 237 penampilan untuk Liverpool dan membantu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada 2019 dan Liga Perdana Inggeris (EPL) setahun kemudian. – MalaysiaGazette