Foto Syatilla Melvin.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Syatilla Melvin mendapat kecaman netizen selepas berkongsi tips rumah tangga melibatkan ‘hal-hal dalam kelambu’.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam menayangkan koleksi baju-baju tidur sebagai cara untuk memikat suami.

“Tips…. Isteri make sure ada baju menarik untuk suami tak perlu banyak janji ada.

“Kadang kita rasa benda itu terlalu simple untuk difikirkan, tapi teramatlah besar impact kalau kita buat! percayalah… Yang kaki makan jamu tu tak payah cakaplah, kompom dah prepare lama dah,” tulisnya.

Bagaimanapun, dalam video serta kapsyen, Syatilla tidak menyatakan koleksi baju-baju berkenaan miliknya atau tidak.

Netizen melemparkan kritikan kepada ibu kepada anak dua itu yang sanggup berkongsi perkara rumah tangga yang tidak sepatutnya dipaparkan secara terbuka. – MalaysiaGazette