Video tular dua wanita terjun apartmen adalah video lama berlaku di luar negara pada 2017 , menurut Bukit Aman foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2018.- Gambar hiasan.

BUKIT MERTAJAM – Kertas siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kenderaan pacuan empat roda di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru di sini dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kertas siasatan itu telah dirujuk ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk diteliti sebelum dihantar ke pejabat pendakwa raya.

“Siasatan masih dijalankan cuma kita rujuk USJT terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BACA: Polis siasat dakwaan MB Kedah ‘test drive’ kereta ketika PKP Penuh

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan pihak polis membuka kertas siasatan ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan pandu uji (test drive) kereta baharu di Juru Autocity pada Sabtu lalu.

Shafee sebelum ini berkata, siasatan itu dibuat selepas beberapa keping gambar menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri itu memandu uji sebuah kenderaan tular di media sosial.

Jelas beliau, siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan/ Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan)2021. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.