Noor Neelofa Mohd Noor PU Riz honeymoon Langkawi wedding solemnisation violation of SOP CMCO standard operating procedures conditional movement control order wedding solemnisation compound RM60,000
Neelofa

KUALA LUMPUR – Selebriti terkenal, Neelofa sering dikaitkan dengan isu kontroversi sejak kebelakangan ini.

Namun di sebalik itu, usahawan muda itu juga seorang yang pemurah dan suka membuat kebajikan.

Malah baru-baru ini Neelofa dikatakan telah menyumbang sebanyak 15 buah katil di Hospital Melaka.

Perkara itu diketahui apabila ada netizen berkongsi kenyataan wakil Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka.

“Semoga Allah memberi ganjaran amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.

“15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19,” kata Dr Abdul Rahman berdasarkan hantaran Facebook Aznil Hisham.

Beliau turut mengepilkan beberapa gambar katil yang disumbangkan Neelofa.

Ini bermakna Neelofa membelanjakan kira-kira RM90,000 untuk membeli kesemua 15 katil berkenaan.

Sementara itu, dalam kenyataan Aznil pula memberitahu, Dr Abdul Rahman ada menyatakan sebelum ini ada pesakit Covid-19 terpaksa duduk di lantai hospital.

“Namun dengan takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang katil elektronik yang bernilai RM6, 000 sebuah. Yang diminta 10 buah katil tapi diberi 15 buah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast