Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili menaiki Vellfire berwarna hitam tiba di Pintu 2, Istana Negara kira-kira jam 2.18 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Pemimpin utama parti politik dari Sabah, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Istana Negara petang ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menaiki Vellfire berwarna hitam tiba di Pintu 2, Istana Negara kira-kira jam 2.18 petang tadi.

Terdahulu Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran turut menghadap YDPA bagi menghadiri perjumpaan pemimpin utama parti politik, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Vigneswaran kelihatan menaiki kenderaan jenis Mercedes-Benz berwarna putih kelihatan melepasi Pintu 2 Istana Negara selang lima minit selepas kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau kemudian beredar dari Istana Negara selepas sejam pertemuan itu kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

Bagaimanapun Vigneswaran tidak memberhentikan mahukan membuka tingkap kereta bagi memberi peluang kepada petugas media merakam gambarnya selepas selesai pertemuan empat mata bersama YDPA itu.

Awal pagi tadi pula, Ahmad Zahid mendahului sesi perjumpaan khas bersama YDPA di Istana Negara, tiba kira-kira jam 9.54 pagi tadi.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu yang menaiki kenderaan jenis Vellfire berwarna perak sempat membuka tingkap kereta dan melambai ke arah petugas media sebelum berlalu pergi ke Istana Negara.

Sesi perjumpaan khas itu yang bermula sejak Rabu lalu hingga hari ini membabitkan 11 pemimpin utama parti politik daripada kerajaan dan pembangkang. – MalaysiaGazette