ACP Baharudin Mat Taib

KUALA LUMPUR – Suami kepada seorang wanita yang tular di media sosial telah membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpa diri dan isterinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima laporan pukul 9 pagi tadi daripada suami wanita berkenaan.

Katanya, kes akan rujuk kepada majistret mahkamah.

“IPD Shah Alam ada menerima laporan polis hari ini (13 Jun) mengenai insiden bayi tertukar. Bapa bayi berkenaan membuat laporan polis jam 9 pagi tadi.

“Dia nak gunting tag nama yang ada pada budak (bayi) itu kerana dia perasan nama pada tag itu bukan nama isterinya,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Beliau ketika ditanya sama ada pihak hospital akan dipanggil berhubung insiden yang sama, Baharudin menegaskan buat masa ini polis belum lagi berbuat demikian.

“Saya sedang menyemak kes ini dari sudut perundangan sama ada terdapat kesalahan lain dalam kes ini sebelum mengambil tindakan sewajarnya,” ujar beliau.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pengalaman tertukar bayi tak boleh dilupakan – Siti Jamumall