KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut disahkan olehnya menerusi perkongsian di Instagram hari ini.

“Saya baru lepas mendapat keputusan ujian saringan dan disahkan positif virus corona. Ketika ini saya sedang menjalani isolasi kendiri dan Insya-Allah akan kembali sembuh tidak lama lagi.

“Saya menyarankan orang ramai untuk mengambil langkah selamat serta menjaga kesihatan. Tolong jaga diri anda dan orang yang tersayang. Tingkatkan sistem imunisasi badan dan sila ambil berat tentang perkara ini,” katanya.

Selebriti terkemuka Indonesia itu turut memuat naik dua gambar yang dipercayai sedang menjalani pemeriksaan di hospital.

Baru-baru ini, BCL dilihat telah pergi bercuti ke Bali bersama anak tunggalnya, Noah.-MalaysiaGazette