Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 12 JANUARY 2021. violating MCO surau Langkawi Hari Raya Aidilfitri donation
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan beliau mengetuai Majlis Gerakan Negara (Mageran) disebabkan pengalaman luas yang dimilikinya ketika berada dalam kerajaan.

Pada wawancara yang disiarkan Sinar Harian hari ini, bekas Perdana Menteri itu berkata, meletakkan dirinya sebagai ketua bukan kerana beliau memikirkan tentang diri sendiri.

Sebaliknya, beliau mahu berkhidmat dan menyumbang bakti kerana terlalu sayangkan negara.

“Saya cuma nak berkhidmat bukan saya fikir pasal diri saya. Kalau saya fikir pasal diri, saya pun rasa nak berehatlah, nak macam orang lain nak seronok-seronok.

“Saya lihat permasalahan (krisis ekonomi, politik, sosial, Covid-19) ini memerlukan pengalaman yang panjang. Saya mempunyai banyak pengalaman, saya sudah tangani pelbagai jenis, masalah kewangan, politik, serangan matawang.

“Selama 22 tahun saya ada (sebagai Perdana Menteri) saya dapat banyak pengalaman kalau nak tolak tak apalah, saya sanggup walaupun saya sudah tua, saya sanggup nak berkhidmat lagi,” katanya.

Beliau berkata, bukan niatnya untuk menjadi ketua di dalam Mageran supaya pandangan beliau diterima oleh semua pihak tetapi hanya mahu menggunakan pengalaman yang ada bagi menyelesaikan masalah yang timbul pada ketika ini.

Tambah Dr. Mahathir, beliau telah memegang jawatan tertinggi dalam negara sebanyak dua kali dan ia tidak mungkin lebih daripada itu.

“Dua kali kali jadi Perdana Menteri cukuplah. Banyak orang berpendapat bahawa patutlah saya beri pandangan, ramai orang minta saya guna pengalaman untuk kepentingan negara bukan untuk kepentingan saya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.