5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 lagi kluster baharu Covid-19 dikenalpasti hari ini yang membabitkan 14 kluster tempat kerja, empat berkaitan komuniti dan satu berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh kluster tersebut ditemui di Selangor, Sarawak (5 kluster), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3 kluster) dan masing-masingsatu ditemui di Kedah, Pulau Pinang dan Melaka.

“Menerusi pertambahan kluster itu ia menjadikan kluster Covid-19 yang ditemui di negara ini adalah sebanyak 2,513 kluster,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, terdapat 778 kluster dilaporkan aktif manakala sebanyak 1,735 kluster telah ditamatkan. – MalaysiaGazette