Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah menawarkan sebarang bentuk bonus menerusi skim tertentu.

Sehubungan itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Zakaria Othman berkata, jika orang ramai dihubungi pihak tertentu yang menyamar dari jabatan berkenaan menawarkan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH), itu adalah penipuan.

“Jabatan ini telah mendapat maklumat mengenai kewujudan sindiket penipuan (scam) yang menggunakan nama Skim Pembiayaan Hafiz (SPH).

Zakaria Othman

“Beberapa aduan telah diterima berkaitan cubaan untuk menipu orang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menghantar mesej menawarkan bonus hari raya.

“Jabatan ini menegaskan bahawa kami tidak akan sewenang-wenangnya menghubungi orang awam bagi menawarkan sebarang bentuk bonus,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Zakaria, segala urusan pemberian peruntukan dan pembiayaan SPH perlu dibuat melalui proses yang telah ditetapkan sahaja.

Katanya, Jakim memandang serius perkara ini dan menasihatkan orang awam agar berhati-hati supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast