Datuk Seri Anwar Ibrahim .

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri wajar letak jawatan sekiranya masih enggan mengadakan sidang Parlimen pada kadar segera.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu wajar dilakukan secara terhormat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa masih berdegil.

“Kalau enggan (buat sidang Parlimen segera) baik secara terhormat untuk selamatkan negara, ekonomi, penyelesaian masalah Covid-19 dirangka lebih baik..secara terhormat kamu lebih baik undur.

“Saya rasa itu pegangan Pakatan Harapan dan kebanyakan ahli-ahli Parlimen,” katanya dalam video di media sosialnya hari ini.

Anwar juga kesal dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan juga dilihat masih mahu ‘bersilat’ dengan permintaan istana.

BACA: Tarikh PM umum mahu sidang Parlimen pun sudah dekat – Takiyuddin

“Ini gesaan kedua dari Istana Negara terkait sidang Parlimen. Jika kerajaan ini kerajaan yang bertanggungjawab dan punya maruah, seharusnya gesaan itu dituruti pantas. Speaker juga gagal mainkan peranannya dengan baik,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. P akatan H ancing berlagak HERO TAMIL kerana ketika Agong Isytihar Darurat GEROMBOLAN inilah berpencak DERHAKA menentangnya….P H juga mencetuskan POLITIK HAIWAN dan NOMBOR EKOR bila BEREBUTAN BILA AKUNON JADI PM…akhirnya JADI kerAjaan gagal 22BULAN MENGENCING dan KHIANAT MANDAT DAN MANIFESTO……sejarah tidak MENIPU
    MALAH meRATAPI RAKYAT dgn TABUNG HARAPAN kononya tinggal rm 250juta

    DENGAR SINI TENGOK SINI INI ANWAR MAHU CAKAP SAYA ADA NOMBOR EKOR DAN YANG MEYAKINKAN….UNTUK TERUS MUNAFIK

  2. Dia ni tak pernah kedengaran bercakap untuk kesejahteraan rakyat, tapi kalau bercakap menjurus kepada buka parliment, suruh PM letak jawatan, i have the numbers, meyakinkan dan determine. Porah chettt. Nk jadi PM pun sabar lah tunggu bubar parlimen, nanti dah bubar parlimen berkempen lah sebagaimana korang berkempen masa PRU14, janji menggunung kencing rakyat, ada pemimpin berlakun depan petani nelayan peladang menangis kunun, last last potong jugak elaun nelayan. Ada menteri kewayangan tu cakap bohong dlm parlimen kata duit GST kena rompak, duit rezab tinggal beratus juta, nak hapuskan itu ini…mmmh hampeh. Rakyat pilih lagi PH ni di PRU15 tak tahu lah nak cakap apa. Fikir fikirkan lah.

Comments are closed.