Logo UiTM

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) susulan dakwaan gangguan seksual oleh seorang tenaga pengajar terhadap beberapa pelajar yang tersebar dalam media sosial baru-baru ini.

Aduan itu bagi memudahkan lagi proses penyiasatan, kata Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol UiTM, Nora Nordin.

Menurut beliau, UiTM memandang serius terhadap dakwaan tersebut telah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman untuk meneliti dan menjalankan siasatan terperinci.

“UiTM sama sekali tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana staf yang mengambil kesempatan atau menyalahguna kuasa mereka sebagai staf kerana UiTM amat mengutamakan keselamatan, kebajikan dan kualiti seluruh warganya, khususnya dalam mengamalkan budaya integriti dan profesional yang tinggi,” kata Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol UiTM, Nora Nordin.

Menurut beliau, orang ramai terutama ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kebajikan, keselamatan dan hal ehwal para pelajar adalah keutamaan UiTM.

Malah, tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang terlibat mengikut peraturan dan ketetapan UiTM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast