Ebrahim Raisi. foto Reuters

TEHRAN – Ebrahim Raisi telah memenangi pemilihan Presiden Iran selepas menerima 62% undi.

Beliau adalah Ketua Hakim Iran,  yang digambarkan seorang ultra konservatif.

Raisi akan dilantik pada awal bulan Ogos ini dan akan memiliki pengaruh yang signifikan terhadap dasar dalam negeri dan urusan luar negeri.

Presiden Iran adalah pegawai tertinggi kedua di negara ini, setelah pemimpin tertinggi.

Raisi, adalah antara individu yang berada di bawah sekatan Amerika Syarikat dan telah dikaitkan dengan hukuman mati ke atas tahanan- tahanan politik.

Tetapi dalam sistem politik Iran, pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, ulama agama teratas, memiliki kata putus dalam semua perkara membabitkan negaranya.

Iran mengamalkan nilai-nilai Islam Syiah yang konservatif dan wujud sekaran kebebasan politik sejak Revolusi Islamnya pada tahun 1979.

Dalam keputusan rasmi menunjukkan jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 48.8% – paling rendah bagi pilihan raya presiden berbanding lebih 70% pada tahun 2017.

Raisi yang berusia 60 tahun telah berkhidmat sebagai pendakwa raya semasa sebahagian besar kariernya.

Sejak awal karier, Raisi memegang jawatan yang berkuasa dan berpangkat tinggi.

Ketika beliau berusia 20 tahun, Raisi sudah menjawat Ketua Pendakwa Raya di Karaj.

Dia dilantik sebagai Ketua Hakim pada tahun 2019, dua tahun selepas ditewaskan oleh Hassan Rouhani dalam pemilihan presiden yang lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast