Pekerja migran India kembali semula ke bandar-bandar selepas sekatan pergerakan dibuka semula. foto Agensi

NEW DELHI – Kementerian Keretapi India membantu membawa pulang pekerja migran bandar-bandar selepas sekatan pergerakan yang dilakukan dalam usaha mengekang penularan Covid-19 dibuka semula secara berperingkat-peringkat.

Dari 11 Jun hingga 17 Jun, kira-kira 3.25 juta penumpang termasuk pekerja migran melakukan perjalanan dengan kereta api pos jarak jauh.

Kadar penggunaan kereta api adalah 110.2 peratus dari kawasan seperti timur Uttar Pradesh, Bihar, Jharkhand, Benggala Barat dan Odisha ke pelbagai destinasi termasuk Delhi, Mumbai, Pune, Surat, Ahmedabad dan Chennai, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian itu menambah, selama 10 hari berikutnya dari 19 Jun hingga 28 Jun, kira-kira 2.91 juta penumpang termasuk pekerja migran telah menempah kereta api jarak jauh untuk sampai ke bandar-bandar tersebut.

Untuk memudahkan pergerakan buruh migran kembali ke tempat kerja, Kementerian Keretapi mengendalikan perkhidmatan kereta api khas.

“Zon kereta api secara aktif berkoordinasi dengan pelbagai persatuan industri dan perniagaan untuk memastikan permintaan dan memudahkan pergerakan pekerja,” katanya.

Pandemik Covid-19 yang melanda India telah menjejaskan kegiatan ekonomi di negara ini secara besar-besaran dan memaksa puluhan juta pekerja migran meninggalkan bandar-bandar setelah sekatan pergerakan Covid-19 dilaksanakan.

India mencatatkan 60,753 kes jangkitan Covid-19 dengan 1,647 juta kematian pada hari Sabtu, menjadikan jumlah kes itu bertambah kepada 29, 823, 546 dan jumlah kematian 385,137. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast