Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Task Force Operasi Pematuhan masih merekodkan jumlah yang tinggi dalam kes penahanan individu yang ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, semalam.


KUALA LUMPUR – Jumlah penahanan individu yang ingkar SOP semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang dilakukan Task Force Operasi Pematuhan semalam masih lagi tinggi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan rekod dibentangkan polis, seramai 852 individu dutahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 821 individu dikompaun, manakala 31 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (175), tidak memakai pelitup muka (143), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (129), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (94), bawa penumpang berlebihan (45) dan lain-lain (266).

Sementara itu, kata beliau, pasukan keselamatan yang menjalankan Operasi Benteng kawalan sempadan negara telah menangkap 18 pendatang asing tanpa izin, semalam.

“Dalam operasi itu juga pasukan keselamatan telah merampas sembilan kenderaan darat dipercayai digunakan untuk kegiatan penyeludupan.

“Dalam pada itu, sebanyak 173 bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan dan seorang pendatang asing tanpa izin berjaya diusir melalui satu aktiviti pengusiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata Ismail Sabri, Op Benteng melibatkan tentera, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain.

Mereka ini menurutnya, turut menjalankan 957 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam iaitu iaitu Op Penawar/SJR PKP di 903 SJR, Op Benteng melibatkan polis, tentera dan anggota Rela di 45 SJR dan Op Benteng AKSEM pula di sembilan SJR. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast