Dasar baharu vaksinasi India dijangka mempercepatkan pemberian vaksin di negara tersebut.- Pix Agensi.

NEW DELHI – India telah melancarkan dasar baharu vaksinasi yang mana kerajaan Pusat akan membeli suntikan vaksin Covid-19 daripada pengilang dan mengedarkan kepada setiap negeri.

India merupakan salah sebuah pengeluar vaksin terbesar di dunia tetapi program vaksinasi negara itu sendiri bergerak agak perlahan.

Daripada jumlah populasi penduduk yang layak, hanya lima peratus daripada mereka berjaya diberi suntikan vaksin setakat ini.

Masalah kekurangan bekalan vaksin berlaku secara serius di kebanyakan negeri.

Untuk menghenjutkan proses pemberian vaksin kepada rakyatnya, Perdana Menteri Indai, Narendra Modi mengumumkan semua rakyat akan menerima vaksin percuma bermula 21 Jun ini.

Sementara dasar baharu berubah mengikut pengeluaran vaksin di negeri, ia tidak membawa sebarang perubahan ketara kepada kehidupan rakyat.

Mengikut dasar vaksin Covid-19 yang ditetapkan awal, separuh daripada vaksin yang dihasilkan di India akan pergi kepada kerajaan Persekutuan manakala selebihnya diagihkan kepada kerajaan negeri dan hospital swasta.

Walaupun kerajaan negeri bersaing di pasaran terbuka dos vaksin, warganegara masih menerima vaksin secara percuma di pusat vaksinasi negeri masing-masing.

Sementara, kerajaan Pusat turut memberi vaksin kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang berusia 45 tahun ke atas secara percuma.

Kini dengan dasar baharu vaksin hari ini, kerajaan Pusat akan membeli 75 peratus vaksin yang dikeluarkan dari kilang di India.

Manakala menerusi dasar baharu berkenaan, kerajaan negeri akan menerima dos vaksin mereka secara percuma dari kerajaan Persekutuan tanpa perlu berunding dengan kilang pengeluar vaksin di negara itu.

Pengagihan itu akan diterima berdasarkan kepadatan penduduk, tahap penularan Covid-19 dan perkembangan vaksinasi di sesebuah negeri tersebut.

Bagaimanapun, rakyat masih terpaksa membayar wang untuk menerima suntikan vaksin di hospital-hospital swasta.

Kerajaan Persekutuan menetapkan harga tetap untuk tiga jenis vaksin yang diluluskan itu $10.70 dolar untuk Covishield, $15.7o untuk Sputnik dan $19.30 untuk vaksin Covaxin.-MalaysiaGazette