Antara warga asing yang ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu operasi bersepadu di Tapak Pembinaan Kediaman, Mukim Dengkil, Selangor . Foto AFFAN FAUZI, 21 JUN MAC 2021.

DENGKIL – Operasi skala besar membanteras pendatang asing tanpa izin di sebuah tapak pembinaan di sini yang berakhir awal pagi tadi berjaya menahan 309 warga asing dari pelbagai negara.

Bukan sahaja tidak mempunyai dokumen sah, kesemua pekerja asing itu tinggal di penempatan yang disediakan di situ dalam keadaan bersesak-sesak tanpa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mereka bebas bergerak ke sana sini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigrersen Malaysia (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi bagi membendung penularan Covid-19 itu hasil maklumat orang ramai yang bimbang dengan keadaan di tapak pembinaan itu.

Pada operasi itu seramai 719 pekerja asing telah diperiksan dan daripada jumlah itu serakai 309 orang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Mynmar, India dan Vietnam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud bercakap kepada media dalam satu operasi bersepadu di Tapak Pembinaan Kediaman, Mukim Dengkil, Selangor . Foto AFFAN FAUZI, 21 JUN MAC 2021.

Bercakap kepada media selepas selesai operasi bersepadu itu, katanya, persekitaran penempatan di situ kotor, tiada kemudahan tandas dan sistem perparitan yang tidak teratur memungkinkan penularan Covid-19 dengan pantas.

“Kita semua tidak dibenarkan ‘dine in’ dan segala macam SOP lain tapi jika anda lihat di penempatan seperti ini, mereka semua bergerak bebas dan boleh melakukan apa sahaja tanpa sebarang peraturan.

“Sini ada kedai kopi untuk mereka lepak,” katanya.

Operasi bersepadu ini turut disertai agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dengan kekuataan keseluruhan seramai 189 orang.

Menurut Khairul Dzaimee, warga asing yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah sukar dikesan sekiranya dijangkiti Covid-19.

Antara warga asing yang ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu operasi bersepadu di Tapak Pembinaan Kediaman, Mukim Dengkil, Selangor . Foto AFFAN FAUZI, 21 JUN MAC 2021.

Jelas beliau, sebanyak 10 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) turut ditahan dalam operasi tersebut.

Tambah beliau, daripada jumlah itu dua kad UMHCY dikesan palsu.

Seorang warga asing yang cuba melarikan diri ditangkap oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu operasi bersepadu di Tapak Pembinaan Kediaman, Mukim Dengkil, Selangor . Foto AFFAN FAUZI, 21 JUN MAC 2021.

“Ketika awal operasi yang bermula sekitar 12.30 tengah malam tadi, ada segelintir PATI menyedari kehadiran penguatkuasa dan bertindak melarikan diri dengan merempuh pagar sehingga mengalami kecederaan. Kita berjaya kesan dan tangkap semuanya.

“Kita akan bawa yang ditahan ini ke Depot Semenyih sebentar lagi, esok kita akan lakukan ujian ‘swab’ di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya dan Seremban sebelum langkah seterusnya sehinggalah mereka semua kembali ke negara asal.

“Selain itu kita akan panggil juga majikan untuk siasatan selanjutnya,” ujarnya.

Seorang warga asing yang cuba melarikan diri ditangkap oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu operasi bersepadu di Tapak Pembinaan Kediaman, Mukim Dengkil, Selangor . Foto AFFAN FAUZI, 21 JUN MAC 2021.

Sementara itu, Khairul Dzaimee memberitahu, sebanyak 80 perasi dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Penuh pada 1 Jun hingga 15 Jun lalu dan pihaknya telah memeriksa 2,314 warganegara asing dan menangkap 217 PATI. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Semasa pandemik maka tak boleh deportasi, so pati lebih selesa lepak jer makan tanggung berak tong free jer di depoh tahanan imigresen, kan?
    Selepas pandemic nanti bolehlah pati pulang cuti sebelum masuk lagi guna lorong tikus bayar sindiket penyeludup dapat untung tetapi elak bayar visa dan cukai supaya merugikan imigresen yang tetap jamin pati makan tanggung berak tong gratis aja dong.

Comments are closed.