Faktor kesihatan selain tempoh dua minggu yang agak singkat memaksa Nadal menarik diri dari saingan Wimbledon dan Olimpik Tokyo 2020 kali ini.

LONDON – Rafael Nadal menarik diri daripada kejhanan tenis Wimbledon dan Olimpik Tokyo.

Jaguh tenis nombor tiga dunia itu merupakan juara 20 kali Grand Slam yang pernah menjuarai Wimbledon pada 2008 dan 2010.

Nadal memaklumkan bahawa dia terpaksa menarik diri daripada dua kejohanan utama itu atas faktor kesihatan.

“Ia bukan satu keputusan yang mudah, tetapi saya terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan saya.

“Selepas berbincang dengan pasukan saya, mereka bersetuju dan memahami keputusan saya sebagai tepat.

“Tetapi harapan saya untuk terus mencapai dalam karier tenis tidak akan terhalang dengan keputusan ini,” katanya.

Pemain berusia 35 tahun itu tewas pada peringkat separuh akhir Tenis Terbuka Perancis kepada pemain nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic pada minggu lalu.

Tambah Nadal, tempoh masa yang singkat, iaitu hanya dua minggu antara Terbuka Perancis dan juga Wimbledon merupakan faktor utama beliau memutuskan untuk menarik diri. – MalaysiaGazette