Sebanyak 12 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu dan daripada jumlah itu, enam daripadanya kluster tempat kerja,- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah itu, 13 daripadanya kluster tempat kerja, lima komuniti dan masing-masing satu kluster pendidikan tinggi, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Terdapat 850 kluster yang masih lagi aktif dan jumlah kluster yang ditemui setakat ini adalah sebanyak 2,666,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun tambah Dr, Noor Hisham, jumlah kluster yang telahpun ditamatkan sehingga hari ini adalah sebanyak 1,816. – MalaysiaGazette