Rodrigo Duterte. foto AP

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mengancam untuk memenjarakan individu yang enggan diberi vaksin koronavirus ketika negara itu giat memerangi wabak tersebut.

Filipina menyaksikan lebih daripada 1.3 juta kes jangkitan Covid-19 dengan 23, 000 kematian.

“Anda memilih, vaksin atau saya akan memenjarakan anda,” kata Duterte ketika menyampaikan ucapan yang disiarkan di televisyen pada hari Isnin.

Amaran itu dibuat selepas jumlah kehadiran yang rendah di beberapa tempat vaksinasi di ibu kota, Manila.

Ucapan Duterte bertentangan dengan pegawai kesihatan, yang mengatakan walaupun orang ramai didesak untuk menerima vaksin Covid-19, tetapi itu pengambilan vaksin adalah secara sukarela.

”Jangan salah sangka, negara kita berdepan dengan krisis. Saya terganggu oleh rakyat Filipina yang tidak selari dengan kerajaan,” katanya.

Sehingga 20 Jun, pihak berkuasa Filipina telah memberikan vaksinasi sepenuhnya kepada 2.1 juta orang – kemajuan yang perlahan berbanding sasaran kerajaan untuk memberi imunisasi kepada 70 juta orang di negara ini yang berjumlah 110 juta pada tahun ini.

Duterte, yang telah dikritik kerana pendekatan kerasnya untuk mengekang virus, juga keputusannya untuk tidak membiarkan sekolah dibuka semula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast