Manikandan ditahan polis atas dakwaan merodol dan mengugut bunuh artis wanita kelahiran Malaysia

NEW DELHI – Polis India telah menahan seorang bekas menteri  Tamil Nadu pada Ahad lalu kerana disyaki merogol seorang pelakon wanita India yang berasal dari Malaysia, lapor akhbar The Hindu.

Suspek, M. Manikandan, 44 ditahan di Bangaluru bagi membantu siasatan polis rentetan laporan polis dari mangsa berusia 32 tahun pada 28 Mei lalu.

Polis India telah menubuhkan pasukan khas dan telah memburu suspek sebelum menangkap bekas Menteri Teknologi Maklumat  Tamil Nadu itu.

Suspek kemudiannya dibawa ke Chennai selepas melarikan diri setelah Mahkamah Tinggi Madras menolak permohonan jaminan yang dikemukakan menerusi peguambelanya.

Jurucakap polis berkat,  suspek disoal siasat hampir dua jam pada 20 Jun lalu selepas ditahan.

Manikandan didakwa dan disiasat di bawah pelbagai seksyen aitu kesalahan merogol, menyebabkan keguguran tanpa persetujuan wanita, menyebabkan kecederaan, menipu dan ugutan jenayah terhadap mangsa yang merupakan selebriti dari Malaysia.

Sebelum ini, mangsa Shantini Theva mendakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Manikandan selama lima tahun dan suspek berjanji mengahwininya walaupun suspek sudah berumahtangga dan mempunyai anak bersama isteri pertamanya.-MalaysiaGazette