Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR –  Surat  Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu menjadi Perdana Menteri sudah dinafikannya namun kenapa beliau tidak menafikan pendedahan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz?

Itu persoalan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Menurutnya, mengapakah Bendahari Agung UMNO hanya mendiamkan diri dengan pendedahan Mohamed Nazri yang mengakui dirinya merupakan mastermind dalam mengumpulkan tandatangan surat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memberi sokongan terhadap Hishamuddin.

“Nazri buat pengakuan terbuka. Dia dalang SD 25 MP UMNO yang sokong Hishamuddin jadi juru cakap jika dititah mengadap YDPA Agong.

“Hishamuddin tidak menafikannya. Dia kekal membisu. Bolehlah disimpulkan dakwaan Nazri itu adalah benar. Dengan kata lain mesti Hishamuddin merestuinya.

“Semalam tular surat Hishamuddin guna logo BN. Ia lengkap senarai anggota Kabinet baru. Cepat pula wakil Hishamuddin nafi dan dakwa surat itu  palsu,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

Mohd Puad juga menegaskan, sekiranya benar surat berkenaan, apa tujuan Hishammuddin mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong sedangkan Ahli Parlimen Pangerang itu bukan presiden parti dan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Bukankah Presiden sudah mengadap YDP Agong. Kalau dia setia parti dia tidak akan buat perundingan lain. Itu merosakkan parti.

“Sebab itu Hishamuddin tidak boleh mengelak dari berbagai persepsi. Kononnya dia takut didakwa, mahu jadi TPM dan power broker UMNO kepada PM 8?

“Hishamuddin kena terima persepsi tersebut. Berani buat berani tanggung. Berapa kali kerja belakang pintu tanpa restu parti mahu dibuat,” tulisnya lagi.

Mohd Puad memberi peringatan seandainya ada ahli UMNO yang berniat menjadi power broker ianya seperti menggali kubur sendiri.

“Di Sabah game siapa sehingga menyebabkan  21 Ketua Bahagian tinggalkan UMNO. Tinggal tiga orang yang istiqamah. Nyata UMNO Sabah tidak mati pun.

“Ahli UMNO akan tolak apa sahaja tingkat laku politik yang mengenepikan keputusan parti. Mereka gali lubang kubur sendiri jika buat kerja power broker,” ujarnya.

Dalam pada itu Mohd Puad turut melahirkan rasa peliknya bagaimana sebelum ini Hishamuddin yang juga Menteri Luar menulis bagaimana pentingnya untuk fokus pandemik dan henti berpolitik demi rakyat tapi kini yang berlaku adalah sebaliknya.

“Sebelum itu Hishamuddin menulis satu artikel bertajuk “melangkaui politik dan pandemik”. Hishamuddin melahirkan rasa kecewa kerana di saat getir, semua isu dipolitikkan. Katanya, politik tanpa batas tidak bawa kita ke mana-mana.

“Apakah tindakan Nazri yang beliau restui itu bukan tindakan politiking terutama dari segi prinsip berjamaah dalam UMNO?

“Dalam artikel itu Hishamuddin dakwa  baling batu sembunyi tangan adalah langkah murahan demi kepentingan sendiri. Tanyalah diri sendiri.

“Kalau mahu bertanggungjawab, kembali ke mainstream UMNO secara gentleman. Jangan rosakkan kebangkitan UMNO dengan game plan lain tanpa autoriti parti,” tegasnya. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Surat Hishammuddin tawar jadi PM palsu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast