Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO menegaskan dirinya akan terus bercakap mengenai kepentingan rakyat di media sosial (medsos).

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bukan hanya parti pembangkang sahaja boleh berbuat demikian.

“Parti politik mana sekalipun boleh bercakap tentang kepentingan rakyat. Pemimpin politik mana sekalipun boleh bercakap tentang hak dan kepentingan rakyat.

“Perkara berkait hak dan kepentingan rakyat melangkaui fahaman dan dimensi politik. Maka tidak benar bercakap tentang kepentingan rakyat bercakap seperti pembangkang,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, sejak bila bercakap tentang kepentingan rakyat di media sosial juga bukan kesalahan.

Sebaliknya, beliau berkata, ia perlu supaya rakyat tahu parti ambil peduli dan perjuangkan kepentingan mereka.

“Media sosial platform tidak rasmi menyampaikan mesej kepentingan rakyat. InsyaAllah saya akan terus bercakap tentang kepentingan rakyat di semua platform medsos.

“Kemudian kita sambung di platform rasmi Dewan Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast