Gambar Hiasan

MEXICO CITY – Sebanyak 18 mayat ditemui selepas pertempuran antara dua kartel dadah di utara Mexico, kata pihak berkuasa.

Mayat-mayat tersebut ditemui di lokasi terpencil di kawasan pedalaman negeri Zacatecas, kata jurucakap jabatan keselamatan negeri, Rocio Aguilar.

Terdapat bukti kematian di perbandaran Valparaiso disebabkan konfrontasi antara dua kartel, Sinaloa dan Jalisco, katanya.

Kerajaan negeri itu berkata, tiga buah kenderaan, yang mana salah satu daripadanya dibakar, ditemui di lokasi, lapor AP.

Zacatecas yang suatu ketika dahulu dikuasai kartel Zetas menjadi rebutan beberapa kartel.

Kartel yang mengintai untuk menguasai kawasan Zacatecas termasuk Sinaloa, Jalisco, Gulf and Northeast selain Zetas yang menggelar diri mereka ‘Taliban’.

Pertempuran yang melibatkan senjata api itu berlaku dua hari selepas mayat dua individu yang diculik ditemui polis tergantung di jejambat di ibu negeri Zacatecas dan tujuh lagi mayat ditemui ditembak mati di kejiranan bandar itu.

Sebelum ini, individu terbabit dilaporkan hilang oleh anggota dan pegawai polis negeri San Luis Potos.

Kartel dadah menggantung mayat mangsa di jejambat sebagai amaran kepada musuh mereka atau untuk menunjukkan kekuasan dan ia turut dilakukan ke atas penguatkuasa undang-undang.

Di bandar berhampiran, Fresnillo, polis menemui mayat empat lelaki dan tiga perempuan yang penuh peluru ditubuh mangsa.

Kesan lukan akibat diserang ditemui pada salah satu mayat lelaki dan perempuan itu di samping lima kanak-kanak tidak dicederakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast