Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tujuh negeri termasuk Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Kedah dengan 243 kes baharu Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 17 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan sembilan kluster tempat kerja, enam berkaitan komuniti dan masing-masing satu pusat tahanan serta daripada kumpulan berisiko tinggi.

“Kluster-kluster itu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Kelantan, Perak dan Sarawak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kluster berkenaan adalah Kluster Industri Rawang Bestari (Gombak dan Hulu Selangor), Kluster Industri Kampung Sungai Bakau (Gombak), Kluster Tapak Bina Jade (Hulu Langat), Kluster Industri Jalan Sungai Tua (Hulu Selangor), Kluster Tapak Bina Jalan Kuching (Kepong), Kluster Tapak Bina Jalan Residen Dua (Kepong), Kluster Tapak Bina Jalan Kiara Lima (Kepong) dan Kluster Tapak Bina Jalan Belfield (Lembah Pantai).

Kluster-kluster lain iaitu Kluster Pekeliling Tanjung 27 (Kulai), Kluster Murni Sepang (Sepang), Kluster Linau Kumpang (Kota Belud) Kluster Kuarters Bata Durok (Keningau), Kluster Kampung Gong Depu (Pasir Puteh), Kluster Kampung Melor Lama (Kota Bharu), Kluster Jalan 12 Kampar (Kampar), Kluster Tembok Kota Kinabalu (Kota Kinabalu, Penampang dan Papar) serta Kluster Jalan Stampin (Kuching). – MalaysiaGazette