KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, akan mengumumkan pakej rangsangan terbaru berikutan keputusan kerajaan melanjutkan fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen pada jam 5 petang ini.

Menerusi Facebook beliau dimaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi.

Pengumuman khas ini dipercayai ada berita gembira berhubung moratorium automatik.

Selain itu, kebenaran pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Semalam, Muhyiddin berkata, fasa satu PPN akan dilanjutkan sehingga kes Covid-19 kurang daripada 4,000 kes sehari, selain kapasiti katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencukupi dan 10 peratus penduduk diberi vaksin penuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. BARU PM NK PULIH ASTRO LAK BUAT HAL, LAIN KALI SUH ASTRO PULIHKAN DULU MASALAH YG DIHADAPI SEJAK DULU LAGI…ASAL HUJAN JER NO SERVIS…‍♂️‍♂️‍♂️‍♂️ BUANG KARAN JER BAYAR MAHAL²

Comments are closed.