Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terjejas kehidupan mereka akibat pandemik Covid-19 sewajarnya dinasihatkan supaya mengangkat tangan berdoa kepada Allah.

Ini kerana, berdoa adalah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan, Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.

”Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Nik Abduh membuat kenyataan itu ketika pengguna media sosial melancarkan kempen kibar bendera putih.

Kempen itu meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan bendera putih di rumah masing-masing untuk membolehkan mereka dibantu.

Kempen itu juga bagi memberi isyarat kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan segera.

Kempen yang tular sejak petang semalam dipercayai digerakkan susulan peningkatan kes tekanan mental dan jiwa dalam kalangan rakyat Malaysia rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hanya kibarkan bendera putih…

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Nik abodoh ingat tuhan datang kerumah hambanya tiap hari dan tiap malam. Dengan berdoa tuhan akan letak makanan ditapak tangan nya. Begitu ke fahaman nik …….. .
    Apa yang orang lain buat semuanya tak betul . Fahaman nik abodoh ni akan2 wahabi. Haram berwasilah terus minta dengan allah dia ingat dia kenal sangat dengan allah tu .

  2. ingat tuhan datang kerumah hambanya tiap hari dan tiap malam. Dengan berdoa tuhan akan letak makanan ditapak tangan nya…. .Ini ADALAH KENYATAAN BUKAN SAHAJA BODOHH TETAPI AMAT MENYESATKAN DAN BOLEH MEROSAKKAN IMAN …. MUSA kau nampak ke ALLAH SECARA FIZIKAL datang kerumah secara FIZIKAL selama ini dengan letak makanan dan sebagainya Atau tuhan menDODOIKAN dan bangunkan kamu tidor

    MAHA SUCI ALLAH yang tidak MENYERUPAI MAKHLUKNYA…yang sentiasa ada sifat MULIA AGONG DAN BESAR …kita kena berpegang beriman dan QADA QADHA ALLAH tetapi bukan HANYA DUDUK bertawakal….Nik abduh bermaksud sebelum semasa dan selepas berusaha keatas sesuatu perkara dan masalah…IKATAN DAN BERPAUT PADA ALLAH JANGAN TERPUTUS…..lihat semudah amalan sebelum dan selepas tidor dan sebagainya ada kaitan dengan ALLAH.

    .

Comments are closed.