Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR – Seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa beliau dihubungi seorang anggota pasukan keslamatan itu melalui aplikasi WhatsApp seperti yang tular di laman media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan perkara itu melalui satu hantaran di akaun Twitter hari ini.

Katanya, berdasarkan hantaran yang dimuat naik wanita berusia 26 tahun itu, dia memaklumkan telah pergi ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran bagi tujuan merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota polis.

“Kami dimaklumkan bahawa wanita berkenaan yang merupakan seorang penganalisa pelaburan sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak jam 7.30 malam tadi dan dia akan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dalam masa terdekat.

“Pada masa sama, hasil siasat lanjut pasukan kami berjaya mengenalpasti anggota polis itu yang didakwa telah menghubungi wanita berkenaan menerusi WhatsApp,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ashari, siasatan berkaitan isu tular itu kini dikendalikan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ujarnya, pihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota melakukan sebarang salah laku.

“Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast