Ebiet Liew bersama beberapa kanak-kanak OKU di Palestin.- Gambar FB Ebit.

KUALA LUMPUR – Berat mata memandang berat lagi bahuĀ  memikul.

Itu gambaran pendakwah, Ebit Liew apabila bertemu golongan orang kelainan upaya (OKU) di Hospital A’mal Khan Younis Gaza, Palestin terutama yang anak yang kehilangan kaki akibat serangan bom.

Ujar pendakwah itu, sebahagian besar daripada mereka telah cacat sejak lahir namun mereka masih berpeluang mendapat pendidikan percuma di hospital yang dikendalikan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin itu.

“Sebak dan sayu melihat tempat dibom. Saya ziarah dan bawa hadiah dan bantu belikan kerusi roda untuk anak yang hilang kaki atau hilang upaya di Hospital A’mal Khan Younis Gaza.”

“Semua merayu untuk dibantu kerana mereka ini semua susah dan miskin. Dibom pula. Adik ni semua sentiasa tersenyum.

“Tapi bila ditanya tentang kaki atau bom. Ada yang senyum dan ada yang menangis,” katanya menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook hari ini.

Ebit Lew bermesra dengan salah seorang pesakit OKU di Palestin.-FB Ebit

Tambah Ebit lagi, meskipun kanak-kanak di sana diujiĀ  namun mereka tampak ceria malah mesra dengan orang baharu seolah -olah mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Ada tiga beradik tiada kaki. Ada seorang yang berumur dua tahun dibom dan membesar tanpa kaki. Ada yang sedang tidur, bangun-bangun mata buta dan kaki sudah tiada kerana dibom. Ada kaki kena peluru masa kecil. Ya Allah,”

“Ketika berbual dan bermain bola keranjang, semua amat ceria ibarat sudah lama kenal. Semua hensem dan cantik. Ramai pakai kaki palsu. Sebelum balik kami dapatkan list apa yang mereka perlu untuk kami bantu selain sumbangan yang diberikan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast