Wanita berumur 104 tahun antara 67 individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Wanita berumur 104 tahun antara 62 individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, warga emas warga tempatan itu yang mempunyai penyakit darah tinggi itu meninggal di Hospital Jelebu, Negeri Sembilan.

Terdahulu beliau memaklumkan kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih tinggi iaitu 905 orang yang mana 452 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam masa yang sama Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 23 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Menurutnya, sebanyak 13 daripada kluster itu melibatkan penularan tempat kerja di Selangor dan Johor masing-masing empat, Kuala Lumpur (tiga), Pulau Pinang dan Perak setiapnya satu.

Kluster komuniti pula dikesan tiga di Kelantan, Sarawak dan masing-masing satu bagi Johor, Sabah, Selangor dan Pahang. -MalaysiaGazette