Dominic Lau Hoe Chai

KUALA LUMPUR – Bimbang dengan kadar peningkatan gelandangan di negara ini, parti Gerakan hari ini menggerakkan program ‘Helping Hand Gerakan’ bagi membantu golongan ini.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, gelandangan sudah menjadi isu nasional dan sebagai salah satu komponen dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), Gerakan nekad turun membantu.

“Semasa penularan Covid-19, kadar gelandangan sudah meningkat antara 20 hingga 30 peratus, oleh yang demikian ibu negara adalah satu tempat yang tertinggi sekali dengan 50 peratus daripadanya terletak di sini disusuli Johor dan Sarawak.

“Sangat penting untuk kita memberikan bantuan dan kita akan bersama-sama mereka untuk atas masalah yang mereka hadapi,” katanya kepada media, hari ini.

Hari ini hampir 100 gelandangan menekan pek makanan, minuman dan buahan yang diedarkan di sekitar Jalan Tun H S Lee, sebentar tadi.

Ia adalah kesinambungan kepada program ‘Kasih Kenyang’ yang digerakkan di seluruh bahagian parti itu sebelum ini.

Tambah Dominic, program Kasih Kenyang yang diberikan Jun lalu sudah meliputi 10,000 isi rumah di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast