Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang menyiasat dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan mesyuarat bersemuka sehingga menyebabkan 28 pengurusan kanan sebuah agensi media kerajaan dikuarantin akibat Covid-19.

MalaysiaGazette difahamkan Menteri Komunikasi dan Multimedia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu sebaik sahaja siasatan selesai.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan seramai 28 pengurusan kanan sebuah agensi media kerajaan terpaksa dikuarantin selepas mengadakan mesyuarat bersemuka pada 30 Jun lalu.

Ini disebabkan salah seorang urusetia mesyurarat berkenaan telah disahkan positif Covid-19.- MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Covid-19: Pengurusan kanan agensi media kerajaan dikuarantin lepas hadir mesyuarat bersemuka