Sebanyak 13 kluster baharu Covid-19 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 19 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu dan daripada jumlah itu sebanyak 16 merupakan kluster tempat kerja.

Dua lagi kluster libat komuniti dan satu pusat tahanan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster-kluster itu dikesan Johor (5), Selangor (4), Pulau Pinang (2) dan masing satu di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Kedah Kelantan dan Sarawak.

“Terdapat lebih 871 kluster yang masih aktif dan jumlah kluster yang ada ketika ini adalah sebanyak 2,901 kluster,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 2,030 kluster yang dikesan sebelum ini tela tamat. – MalaysiaGazette