Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada pekerja sektor laut dan pelabuhan semasa di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sektor Pengangkutan (Maritim) Pelabuhan Klang sempena Hari Pelaut Sedunia 2021 ketika di Dewan Serbaguna Kelab Sukan Lembaga Pelabuhan Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan khidmat Pasukan Combat Medic Vaccination Team (CMVT) untuk membantu penduduk di kawasan pedalaman Sarawak mendapatkan suntikan vaksin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh tujuh hari dari 21 hingga 27 Jun lalu, CMVT telah membantu 1,639 penduduk di tiga lokasi iaitu Buduk Nur di Ba’kelalan, Long Semado dan Long Sukang di Lawas.

“Semoga usaha ini dapat membantu warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan rakyat di kawasan pedalaman menerima vaksin dengan cepat, mudah dan selamat.

“Besar harapan saya untuk melihat lebih ramai lagi rakyat kita di kawasan pedalaman seperti warga emas dan OKU menerima vaksin dengan mudah dan selamat.

“Keutamaan saya adalah keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin. InsyaAllah, kita akan berjaya,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Pada 21 Jun lalu, ATM menggunakan pesawat EC725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menerbangkan vaksin Covid-19 ke Ba’kelalan, Limbang dari Lapangan Terbang Miri.

ATM telah mengaturgerakkan Tim Perubatan CMVT melibatkan dua Pegawai Perubatan dan tujuh anggota paramedik,

Tim Perubatan memulakan proses vaksinasi bermula 22 hingga 27 Jun lalu melibatkan penduduk di Ba’kelalan dan Long Semado dengan sasaran lebih 1,000 penerima vaksin.

Proses itu susulan pengumuman Ismail Sabri mengenai pelaksanaan CMVT ATM di Sarawak ketika lawatannya ke Kem Muara Tuang, baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast