revocation Emergency Ordinance legal firms Minister at Prime Minister's Deparment, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. Parliament sitting emergency period legal firms lawyers essential services total lockdown FMCO The special National Security Council (MKN) meeting yesterday has allowed lawyers who need to represent their clients to face new charges, remand arrests and various criminal application to go to the court
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Firman guaman dalam mukim di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula semalam, dibenarkan beroperasi.

Ini dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan menyatakan kebenaran itu hasil persetujuan kerajaan selepas mendengar pandangan daripada beberapa pihak.

Kata beliau, kebenaran itu juga diberikan setelah mengambil kira keperluan perkhidmatan guaman untuk menyokong sektor perkhidmatan perlu lain serta melancarkan urusan berkaitan dengan mahkamah dan jabatan kerajaan.

“Mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM), firma guaman di kawasan PKPD perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, hanya dua pekerja atau 20 peratus daripada jumlah bilangan pekerja, yang mana lebih tinggi, dibenarkan beroperasi dari pejabat.

Katanya, waktu operasi firma pula ditetapkan dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari dan firma guaman perlu menetapkan temu janji dengan anak guam atau pelanggan terlebih dahulu sekiranya perlu berurusan secara fizikal.

Menurut Takiyuddin, firma guaman boleh memohon kebenaran beroperasi melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0, dengan kebenaran beroperasi daripada CIMS yang telah diperolehi semasa PKP Fasa 1 boleh terus digunakan.

“SOP Perkhidmatan Guaman Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan itu boleh dirujuk dari platform komunikasi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Adalah diingatkan penguatkuasaan dan pemantauan rapi bagi memastikan pematuhan SOP oleh firma guaman akan dilaksanakan secara berintegrasi oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pihak berkenaan supaya mematuhi sepenuhnya arahan dikeluarkan kerajaan berkaitan PKPD demi kebaikan semua. – MalaysiaGazette