Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin admitted hospital diarrhoea
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Selepas menjalani rawatan ekoran cirit-birit sejak 30 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan masih menerima rawatan di hospital.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), sehingga hari ini, Muhyiddin masih belum sembuh akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

“Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena,” kata PMO dalam kenyataan satu muka surat hari ini.

Pada 30 Jun lalu, Muhyiddin dimasukkan ke hospital selepas mengalami cirit-birit.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi 30 Jun untuk menerima rawatan dan pemantauan.

Tambah kenyataan itu, Muhyiddin dijangka akan daripada hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Perdana Menteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau,” kata PMO lagi. – MalaysiaGazette