Polis buru penagih lolos kawat duri PPR Pantai Ria

KUALA LUMPUR -Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai penagih dadah yang melarikan diri daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai selepas kelibat  dua lelaki meloloskan diri dengan merangkak di bawah kawat duri tular di media sosial hari ini.

Kedua-dua suspek dipercayai seorang penagih dadah dan melarikan diri ke kawasan belakang sungai pErumahan awam terbabit sebaik melepasi kawalan kawat duri yang dipasang.

Polis sedang dalam proses mengesan dan memburu kedua-dua dua suspek berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Katanya, anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia yang berkawal di lokasi terbabit sedang dalam tindakan menutup kebocoran kawat duri tersebut.

Terdahulu tular video berdurasi 2.04 minit di FB di mana dua lelaki merangkak sebelum berjaya meloloskan diri mereka daripada kawat duri yang dipasang di PPR Pantai Ria itu. – MalaysiaGazette