Kira-kira 9.1 juta pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) domestik dan bukan domestik di Semenanjung akan mendapat manfaat diskaun secara bersasar menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pemberian diskaun antara lima hingga 40 peratus akan dinikmati kira-kira 7.4 juta pengguna domestik manakala diskaun sebanyak lima peratus kepada pengguna-pengguna elektrik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah kategori tarif komersial, industri dan pertanian spesifik di bawah voltan rendah yang akan memberi manfaat kepada 1.6 juta pelanggan syarikat utiliti itu.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila layari https://www.facebook.com/TNBCareline atau hubungi TNB Careline 15454.

Artikel berkaitan :

9.1 juta pelanggan TNB dapat diskaun bil elektrik PEMULIH

#PEMULIH
#myTNB