Lizzy yang turut Elizabeth Tan popular menerusi lagu Setia, Police Entry dan Semua Sudah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon popular, Elizabeth Tan atau Lizzy mahu menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bulan ini untuk membantu golongan yang memerlukan.

Katanya, golongan itu boleh terus menghubunginya menerusi Direct Message (DM) di Instagram.

Meskipun sedar tidak mampu membantu semua orang yang memerlukan pada waktu ini, namun ujar Lizzy, itu adalah insiatif dirinya sendiri.

“Saya nak cuba membantu mereka yang memerlukan, jadi Lizzy dah buat keputusan untuk menyumbahgkan 50 peratus pendapatan saya.

“Kalau ada yang memerlukan boleh DM saya nombor akaun, tapi Lizzy tak boleh bantu semua orang,” katanya menerusi video yang dimuat naik menerusi Instagramnya itu.

Bagaiamanpun, beliau berharap mereka yang memohon bantuan itu jujur.

“Lizzy harap kamu jujur sebab sekarang banyak keluarga yang tidak cukup makan, jadi jangan ambil hak mereka okay,” tambahnya. – MalaysiaGazette