Kapal gergasi Ever Given yang tersangkut di Terusan Suez. foto Agensi

KAHERAH – Kapal kargo gergasi yang ditahan oleh Mesir sejak ia menghalang Terusan Suez pada bulan Mac lalu akan dilepaskan pada Rabu ini selepas sepakatan telah dicapai dengan syarikat Jepun.

MV Ever Given seberatn 199,000 tan telah tersangkut secara menyerong semasa melintasi terusan ketika berlaku ribut pasir pada 23 Mac, telah menyekat aktiviti perdagangan selama enam hari sebelum pasukan penyelamat dapat melepaskannya.

Mesir menahan kapal itu dan meminta ganti rugi daripada Shoei Kisen Kaisha ekoran kehilangan hasil akibat gangguan yang disebabkan oleh kejadian itu serta kos mengeluarkan kapal tersbeut serta kerosakan jalan pelayaran yang menghubungkan Asia dan Eropah.

Pihak berkuasa Terusan Suez dalam satu kenyataan berkata, upacara menandatangani perjanjian dengan pemilik dan “pelepasan kapal”.tersebut akan dibuat pada hari Rabu ini.

Namun, pihak berkuasa itu tidak mendedahkan jumlah pampasan.

Mesir kerugian antara AS$12 juta dan AS$15 juta dalam pendapatan bagi setiap hari ketika laluan itu ditutup.

Usaha untuk mengapungkan kapal itu semula turut menyebabkan berlaku kerosakan pada terusan tersebut. – MalaysiaGazette