Parlimen Malaysia menyaksikan pertukaran tiga kerajaan dalam tempoh tiga tahun selepas BN kalah PRU14.

KUALA LUMPUR- Kerajaan bersetuju menasihati Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai ini.

Manakala bagi Dewan Negara pula, persidangan akan diadakan selama tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos ini.

Menurut Pejabat Perdana MenteriĀ  dalam satu kenyataan hari ini, nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutusan kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum perkara itu.

Katanya, mesyuarat itu diadakan bagi meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan sidang Parlimen secara hibrid.

Ianya juga adalah untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen berhubung Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament),” kata kenyataan itu.- MalaysiaGazette

 

END