Kody Kato

KUALA LUMPUR – Bermula bulan Julai ini, pemain-pemain industri daripada bidang seni
akan menyertai Universiti UCSI menyampaikan wacana dan bengkel ilmiah kepada pelajar sebagai sebahagian daripada program ‘Artists-in-Residence’ (AiR).

Program ini dilancarkan selari dengan konsep praksis universiti di mana pelajar UCSI akan diberi pendedahan terhadap latihan industri dan pengetahuan praktikal lain yang berkaitan.

Program AiR ini bertujuan untuk mengalu-alukan para seniman yang terkemuka daripada pelbagai bidang untuk bekerjasama rapat dengan ahli akademik dan pelajar UCSI melalui aktiviti ilmiah.

Selain itu, program ini juga direka untuk memberi inspirasi dan mengembangkan kemahiran seni ahli akademik dan pelajar selain berusaha memupuk serta merancakkan seni tempatan melalui promosi kepelbagaian seni.

Bermula 1 Julai, pereka Amerika Jepun Dr Kody Kato akan menyertai Sekolah Seni Bina UCSI sehingga 31 Disember depan tahun ini.

Sementara, pemain piano terkenal, Ng Chong Lim akan bersama Institut Muzik (IMus) UCSI selama dua minggu sehingga 1 Oktober ini. – MalaysiaGazette