Shamsul Iskandar Mohd Akin

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat mampu untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang jauh lebih besar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kedua-dua gabungan besar parti politik itu mampu untuk mencapai persefahaman bersama.

“PH, BN, dan UMNO akan dapat bersama-sama membentuk kerajaan berdasarkan pemahaman mengenai tujuan dan objektif bersama yang perlu dicapai.

“Kami tidak memfokus pada kepentingan setiap parti, kita mesti bangun bersama bagi membentuk kerajaan baharu yang lebih berkesan dan stabil,” katanya di Twitter beliau.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu merujuk kepada jajaran baharu dengan spekulasi bahawa UMNO aakn bersama-sama PH untuk menubuhkan kerajaan baru bernama Jajaran Harapan.

Bekas menteri PH itu berkata, sekiranya PH dan BN membentuk kerajaan baharu, gabungan baharu itu didakwa mempunyai 126 kerusi Parlimen.

Malah katanya, kedudukan kerajaan itu akan lebih kukuh daripada kerajaan PN.

“Sekiranya kita gabungkan jumlah kerusi PH dan BN, kita sudah mempunyai 126 nombor di atas kertas,” katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memegang kunci untuk membentuk jajaran baharu itu.

Langkah itu dipercayai bagi mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Awal bulan ini, Ahmad Zahid dilaporkan secara diam-diam mendapatkan sokongan daripada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menarik balik sokongan UMNO daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Laporan media yang memetik sumber itu berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berjaya meyakinkan majoriti daripada 56 ahli MT yang merupakan badan eksekutif parti iersebut bahawa perpisahan daripada PN perlu dilakukan sekiranya kata dua mereka kepada kerajaan PN tidak diendahkan.

UMNO baru-baru ini memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk memutuskan tarikh Parlimen bersidang, membayangkan tindakan keluar kerajaan jika ia tidak berlaku. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. PH, BN, dan UMNO akan dapat bersama-sama membentuk kerajaan berdasarkan pemahaman mengenai tujuan dan objektif bersama yang perlu dicapai…..SHIT teringat noveli Shanon AHmad….YANG MEMBUSUK TAHI akan ditelan bersama….segala salahlaku iMDB RASUAH salahguna kuasa pecah amanah dan kes2 kolar putih kencing rakyat KHIANAT MANIFESTO akan GHAIB akhirnya…..bahaya dan haramnya bermain NOMBOR2 EKOR

  2. umno mmg cari penyakit dan menempah maut klau betul jajaran baru nie bakal berlaku,akar umbi xkn sesekali menerima jajaran baru nie,sedangkan ber1 pun akar umbi tolak,inikan pula ph yg majoritinya haprak,

Comments are closed.