Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menjadi pencetus kluster baharu Covid-19 dikesan di Kampung Bechah Tembesu di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Kluster dalam kalangan komuniti itu dikesan hasil saringan individu bergejala yang dijalankan di kampung berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
.
Beliau berkata, kes berkenaan dilaporkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu selepas mengalami gejala bermula 28 Jun lalu.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bechah Tembesu, Kota Bharu. Sehingga kini seramai 22 individu sudah disaring dan daripada jumlah itu 10 individu dilaporkan positif Covid-19 termasuk sembilan kes baharu yang dikesan hari ini.

“Selain itu, satu lagi kluster dalam kalangan komuniti dikenali sebagai Kluster Kluster Kampung Bakong Gunung,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, selain dua kluster komuniti itu, turut dikesan ialah 11 kluster tempat kerja yang dikenali sebagai Kluster Industri Tech Valley Sendayan, Kluster Industri TTJ 2; Kluster Jalan Harmoni Sembilan; Kluster Jalan Sri Sulong, Kluster Lorong Berjaya dan Kluster Jalan Kayu Madang.

Turut ditemui ialah Kluster Industri Bentong Sebelas 2; Kluster Industri Jerantut Feri; Kluster Industri 121 Kuala Baram, Kluster Dah Satu Industri Kulim dan Kluster Lintang Macallum Dua. – MalaysiaGazette