Securities Commission Malaysia SC Investment banker Charles Chua Yi Fuan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan baharu, Guidelines on Offer of Shares by Unlisted Public Companies to Sophisticated Investors yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2021.

Garis Panduan tersebut bertujuan untuk melindungi minat pelabur berikutan meningkatnya pertanyaan dan aduan yang diterima oleh SC mengenai penawaran saham oleh syarikat awam tidak tersenarai (UPC), yang dipasarkan melalui panggilan telefon, seminar, rakaman video melalui media sosial atau ejen-ejen yang tidak berlesen, kepada kedua-duanya pelabur yang canggih dan tidak canggih.

SC Garis Panduan baharu itu menetapkan kewajipan UPC ketika menawarkan saham kepada pelabur sofistikated, termasuk keperluan bagi UPC agar hanya melantik entiti yang dilesenkan oleh SC, jika melibatkan ejen untuk memasarkan dan mempromosikan saham mereka. UPC juga perlu memastikan bahawa bakal pelabur yang mereka dekati ialah pelabur sofistikated.

Di samping itu, UPC perlu mencetak pernyataan berjaga-jaga di muka depan mana-mana memorandum maklumat (IM) yang dikeluarkan, untuk menyatakan dengan jelas bahawa semasa IM dikemukakan kepada SC, kelulusan oleh SC adalah tidak diperlukan bagi penawaran atau IM tersebut.

UPC juga dikehendaki mengemukakan pemberitahuan pasca penerbitan kepada SC untuk memudahkan pemantauan SC terhadap dana yang dikumpulkan dan penggunaan hasil kutipan.

Pelabur sofistikated adalah diingatkan agar membuat penilaian mereka sendiri berhubung penawaran saham, oleh kerana SC tidak menyemak dokumen penawaran atau promosi yang dikeluarkan oleh UPC.

UPC diingatkan bahawa penawaran saham kepada pelabur runcit tanpa prospektus merupakan pelanggaran undang-undang yang serius di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Mana-mana individu yang didapati bersalah boleh dihukum denda sebanyak tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast