Vieira pengurus baharu Crystal Palace

LONDON – Crystal Palace melantik Patrick Vieira sebagai pengurus baharu kelab tersebut bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Roy Hodgson pada 18 Mei lalu.

Palace mengambil masa panjang menapis calon untuk disenarai pendek sebelum memilih Vieira, 45, yang menandatangani kontrak selama tiga tahun.

“Kelab ini mempunyai asas yang baik dalam beberapa musim EPL (Liga Perdana Inggeris) dan saya berharap kelab ini terus dibawa ke arah kecemerlangan dan kegemilangan yang disasarkan,” katanya yang dipecat sebagai Pengurus Nice pada Disember lalu.

Vieira menghabiskan masa dua setengah tahun bersama kelab New York City FC yang bersaing dalam Major League Soccer (MLS). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast