Sebanyak 13 kluster baharu Covid-19 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 11 kluster tempat kerja dan selebihnya sembilan berkaitan komuniti serta satu pusat tahanan.

Penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah kluster yang ditemui di negara ini sebanyak 2,952 kluster.

“Terdapat 852 kluster dikenalpasti masih lagi aktif dan jumlah kluster yang telahpun ditamatkan sebanyak 2,100 kluster,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain Noor Hisham berkata, data terkini pada 5 Julai menunjukkan nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07.

Katanya, negeri yang mencatatkan nilai RT yang
tertinggi adalah Pahang (nilai RT 1.24), manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.10), Selangor (1.09), Melaka (nilai RT 1.08), Kedah (nilai RT 1.06), Pulau Pinang (1.05), dan Sabah (nilai RT 1.04). – MalaysiaGazette