Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memuatnaik garis panduan operasi bilangan 3 tahun 2021 menerusi portal rasminya sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, garis panduan itu adalah berkaitan kaedah permohonan surat penyelesaian cukai bagi syarikat, Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan Entiti Labuan (Syarikat Labuan dan PLT Labuan).

Katanya, ia boleh diakses menerusi www.hasil.gov.my dan klik Laman Utama > Perundangan > Garis Panduan Operasi atau melalui capaian pantas di http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/GPO_3_2021.pdf.

“Garis panduan ini membatalkan garis panduan operasi bilangan 2 tahun 2019 yang telah dikeluarkan pada 12 November 2019,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 dan 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast