Datuk Seri Vida. foto FAREEZ FADZIL, 20 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tidak mahu dibandingkan dengan pendakwah bebas popular Ustaz Ebit Lew berkenaan pemberian sumbangan.

Dalam perkongsian video di Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menjawab pertanyaan seorang netizen apabila dibandingkan dengan pendakwah berkenaan.

“Ini bare tak kena bare. Ustaz Ebit Lew tu ustaz Ebit Lew lah. Dia dia… aku.. aku… Aku tidak ditakdirkan untuk jadi seperti Ustaz Ebit Lew.

“Aku adalah DSV, bermula daripada susah sampai jadi senang. Aku berkat berusaha, berikhtiar, bertawakal dan berdoa,” ujarnya.

Jelas Vida dalam video itu lagi, setiap manusia yang diciptakan juga adalah tidak serupa.

“Orang tidak sama diciptakan, kalau diciptakan serupa tak adalah orang susah, tak adalah orang kaya,” ujarnya.

Baru-baru ini, Vida telah dikecam segelintir netizen berkenaan dengan kempen kibarkan bendera putih.

Dalam kenyataan yang dibuatnya, Vida memberitahu mereka yang terjejas seharusnya berusaha keras daripada bergantung dengan bantuan bendera putih dan bukannya menjadikan pendapatan terjejas disebabkan PKP sebagai alasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast